Ahad, 24 November 2013




1. SELINGKAR MADAH 
PENGERUSI J.K.K.K
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI



Segala puji hanya untuk Allah SWT maha pencipta yang telah mewujudkan sekalian ‘alam dan penghuninya ; termasuk Kampong Sungai Haji Dorani yang bertuah dan penduduknya hidup maufakat aman bahagia.

Dalam arus pembangunan negara yang pesat dan rakyatnya yang berinformasi , kampong ini turut seiring berkembang. Kecemerlangan bidang ekonomi, budaya dan keagamaan menjadi matlamat untuk dicapai tanpa nokhtah. Para pemimpin masyarakat dan JKKK akan sama-sama menangis dan ketawa mengharungi segala halangannya. Insya Allah.

Walaupun banyak kejayaan dicapai masa lalu oleh anak watan dan kampong ini, ianya bukan ‘ tiket ‘ hendak bermegah-megah dan berbangga dan bukan bermakna pula matlamat telah berakhir. Sebenarnya, kami JKKK perlukan tunjukajar dari para bijak pandai melalui sumbangan fikiran, tenaga dan semua bidang kecemerlangan…..Ibarat kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan !.

Anda yang berkunjung ke Kampong Sungai Haji Dorani kali pertama diharap tidak merasa kecewa atau serik untuk berkunjung kali kedua dan seterusnya . Seperti kesetiaan suria menerangi ’alam ketika siang dan bulan purnama membelai malam, begitulah kesediaan kami penduduk dan JKKK Sungai Haji Dorani menunggu kehadhiran anda…..

Batang jerami reput terdampar,
Sayang pegaga kering merana;
Biar kami haus berlapar,
Asalkan tuan tidurnya lena.

Burung serindit membuat sarang,
Hidup selesa di pohon jati;
Walau ringgit dipandang orang,
Budi bahasa pemikat hati.


Salam Kenangan:

Mat Ismail Bin Basir
Ketua Kampong / Pengerusi JKKK
Kampong Sungai Haji Dorani,
Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.


2. SEJARAH KAMPUNG

 

Kampong Sungai Haji Dorani diteroka oleh penduduk awalnya pada zaman pemerintahan British sekitar tahun 1916. Mereka terdiri daripada kalangan orang-orang suku kaum Jawa dan suku kaum Melayu .

Kawasan penerokaan mereka lebih tertumpu kepada kawasan berhampiran pantai Laut Selat Melaka , kerana mempunyai kemudahan perhubungan air dengan kampong-kampong lain seperti Kampong Panchang Bedena , Kampong Sekendi , Kampong Baru dan Kampong Sepintas ( kampong-kampong terawal diteroka penduduk di Daerah Sabak Bernam ).

Peneroka suku kaum Jawa yang ‘ terbiasa ’ dengan kerja-kerja pemugaran tanah semasa di negara Indonesia, lebih minat membuka tanah untuk dijadikan sawah padi, di mana kedudukannya agak jauh ‘ ke darat, ’ manakala suku kaum Melayu pula kekal membuka kebun kelapa berhampiran pantai Laut Selat Melaka, selain mencari nafkah menjadi nelayan.

Dipercayai, seorang yang bernama Haji Dorani adalah ‘ ketua ’ yang disegani oleh penduduk waktu itu , kerana beliau mampu menyemai sikap gotong royong di kalangan penduduk dan hidup harmoni bermasyarakat - walaupun berlainan suku kaum - selain mempunyai pengetahuan agama.

Atas pendapat dan saranan beliau serta sokongan semua penduduk, anak sungai kecil yang ada di kampong tersebut telah diperluas, dibersihkan serta disesuaikan dengan pengkalan para nelayan tempatan. Anak sungai tersebut akhirnya membolehkan perahu dan tongkang nelayan kaum Cina masuk jauh ke hulu, sebagai perlindungan dari tiupan ribut di laut pada musim gelora.

Kesuburan tanaman dan keharmonian penduduknya telah menarik minat lebih ramai lagi penduduk luar datang menetap dan meneroka tanah di situ .Mereka turut bersetuju menamakannya sebagai ‘ Sungai Haji Dorani ‘

Selepas pendaratan Jepun pada tahun 1941, Sungai Haji Dorani mula dikunjungi oleh kaum Cina dari luar secara besar-besaran. Mereka membuka kedai papan beratapkan daun nipah atau zing bagi menjual barang-barang keperluan penduduk dan tertubuhlah sebuah pekan kecil yang di kenali ‘ Pekan Sungai Haji Dorani ‘ . Sebahagian daripada bangunan kedai tersebut masih kekal hingga sekarang dan penduduk suku kaum Cina merupakan salah satu suku kaum yang menetap di Sungai Haji Dorani ketika ini.

Masa terus berlalu….. penduduk semakin ramai, pembangunan turut sampai ke Sungai Haji Dorani dengan tertubuhnya institusi pendidikan seperti Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Agama Menengah, di samping kemudahan ahli masyarakat diperlukan seperti surau, masjid dan balairaya.

Generasi pewaris kepada peneroka awal , masih terdapat hingga sekarang di Sungai Haji Dorani, iaitu Haji Haris bin Maulana yang berusia sekitar 90 tahun !. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan kepada semua peneroka awal kampng Sungai Haji Dorani.yang telah meninggal dunia. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
( PAPARAN - 2 )



3. VISI DAN MISI
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI

VISI

MENJADI KAMPONG TERSOHOR
DENGAN PENDUDUKNYA HIDUP
AMAN MAKMUR
DAN MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S..W.T

MISI

Menjana segala kemudan dan potensi sedia ada
ke arah satu penyatuan matlamat,
kejayaan dan kecemerlangan
melalui daya usaha serta sokongan anak watan
dan kerjasama penduduk tempatan
serta pihak pentadbiran
mukim, daerah dan Negeri Selangor Darul Ehsan

MOTO
KAMI BERSAMA ANDA !


4. TELEFON, E MAIL DAN BLOG


Maklumat dan perhubungan Kampong Sungai Haji Dorani
boleh diikuti melalui tetefon Pengerusi JKKK , Setiausaha JKKK , e mail dan blog berikut:


E MAIL KAMPUNG:
kampongshd@gmail.com/


BLOG / PORTAL

1 - MAKLUMAT KAMPUNG:
Sila klik di sini ; http://kampongkushd,blogspot,my

2 - MASJID:
Sila klik di sini ; http://annurshd.blogspot.com

3 - PELANCONGAN HOMESTAY:

4. BIRO PERTANIAN JKKK
 

5. DOA KAMPONG


الحـمد للـه رب العـالمين
والـصـلاة والـسلام عـلى أشـرف الأنبـيـأ والـمرسـلين
وعـلى الـــه وصـحـبه أجـمعـين

اللـهم انـا نجعـلك فـي نـحـور أعـداءك
ونـعـوذ بـك مـن شـرورهـم

اللـهم بـدد شـملـهـم وفـرق جمعـهم وشـتت كـلمتـهم وزلـزل أقـدامـهم
وسـلط علـيهـم كـلبـا مـن كـلابـك
يـا قـهـار يـا جبـار يـا مـنتـقـم يـا اللـه يـا اللـه يـا اللـه

اللهـم يـا مـنـزل الكــتاب ويـا مـجري السـحـاب
ويـا هـزم الأحـزاب اهـزمـهم اهـزمـهم اهـزمـهم
وانـصـرنـا عـليـهـم يـا رب الـعـالمـين

اللـهم سـلـمـنا مـن أفــات الدنـيـا وفـتـنتـهـا
ومـن عـذاب النـار

اللهـم اجـعـل جمعـنـا هـذا جـمـعـا مـرحـومـا
وتفـرقـنـا مـن بـعده تـفـرقـا مـعـصـومـا

ربنـا أتـنـا فـى الـدنـيـا حسـنـة وفـى ألأخــرة حســنة
وقـنـا عـذاب الـنـار

وادخـنـا الـجـنـة مـع ألأ بـرار
يـا عـزيـز يـا غـفــار يـا رب الـعـالـمـين

والــحـمـد للــه رب الــعـالـميـن
( PAPARAN - 3 )



6. LAGU KAMPUNG
Lirik dan lagu gubahan Elbi Risalah


Inilah kampung kita
Sungai Haji Dorani
Aman dan sejahtera
Diberkati Ilahi.

Sawahnya hijau subur
Laut biru terbentang
Jasa khidmat ditabur
Generasi terbilang

( CORUS 1 )

Kitalah pewaris kini
Menjunjung dan menjulang
Tegakkan - teguhkan -
relakan - korbankan
Azam yang berpanjangan.

( CORUS 2 )

( Pembacaan puisi dalam nyanyian
‘ corus 1 ‘ perlahan )

Di sini tanah tumpah darah pewaris
Nenek moyang dan generasi muda
Kita adalah pewarisnya yang mutlak
Mengukir awan larat mundur atau maju
Gagah atau terkulai terdampar lesu.

Cuma ada segenggam tanah subur
Dihembus bayu Laut Selat Melaka
Bersama kita selamanya
Adakah mungkin terlepas jatuh hilang
Dan kita sekadar mampu
menangis seperti anak kecil ?

Pastinya air sawah hitam jadi pekat
Serta pepohon padi rentong terbakar
Dan buahnya hampa melayang-layang
dibawa kenangan
Manakala,
Pepohon nyiur sujud ke bumi
Diserang sang anai-anai
Menimpa perahu dan jaring pukat
Di pengkalan usang
Nun....sang ikan ketawa bebas selamanya.

Ketika itu aku dan kau hanya mampu
Menangis dan teresak-esak semaunya
Mandi manda di kolam air mata kekeringan
Dalam kalbu yang terguris menderita !.

( Kembali kepada nyanyian lantang
‘ corus ‘ 1 dan 2 )


7. CARTA ORGANISASI
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI



 PENAUNG 
( Tuan Pegawai Daerah Sabak Bernam )

PENASIHAT
Datuk Penghulu Mukim
Panchang Bedena.
Haji Mohd.Anuar bin Abdul Wahid

PENGERUSI JKKK
Mat Ismail Bin Basir
Tel: 013-3234 030
E mail : ustazmail@gmail.com/

SETIAUSAHA:
  Haji Ab.Jalil Bin Ambot
Tel: 019-9114470
E mail :jalilustaz@yahoo.com

BENDAHARI:
Haji Zainal Abidin bin Puniran.

JAWATANKUASA

1 - Encik Kasbullah bin Taib;

2 - Encik Mohd.Anuar bin Mat Arshad.

3 - Encik Nordin bin Haji Ramli.

4 - Encik Basri bin Lambak;

  5- Encik Abd.Malek Khairi bin Mohd.Zin.

  6- Haji Sarjuni bin Keromo;

  7- Encik Masros bin Jamal;

  8- Puan Mislamah binti Hashim ;

  9- Haji Masri bin Samid ( NGO Masjid ) ;

10 - Puan Kamsiah binti Kusrin ( NGO SRA SHD );

11- Encik Sukri bin Zakaria ( NGO PeBT ).

12. Encik Abd.Halim bin Senin ( NGO Pertanian Kampung )