18. KEISTIMEWAAN ( POTENSI )
KAMPONG SUNGAI HAJI DORANI
1 1. Kemudahan Penginapan Pelawat:
Terdapat sebuah resort milik MDSB untuk penginapan orang awam dilengkapi
dengan dewan seminar dan restoran , berada di tepi pantai Laut Selat Melaka di
samping banyak rumah-rumah penginapan homestay yang dikelolakan oleh HOMESTAY
JKKK, berada di kawasan taman perumahan, sawah padi dan kebun kelapa. Sama ada
penginapan secara tinggal bersama keluarga angkat atau ' sewa transit ' (
lengkap alat perabot rumah ) kegunaan bagi pelawat berkeluarga .
2. Kemudahan Membeli Ikan
Segar:
Setiap hari terdapat jualan sayuran kampung dan ikan segar hasil tangkapan
nelayan pantai kampong ini. Sama ada dijual di pengkalan atau gerai petang.
3. Kemudahan Membeli Hasil
Industri Kecil:
Para pelawat atau peniaga luar boleh mendapatkan bekalan terus dari
pembuatnya, seperti belacan, ikan kering ,cendawan , kuih muih, ikan kering dan
lain-lain dari bengkel-bengkel IKS yang ada di kampung ini.
4. Kemudahan makan minum:
Terdapat banyak kedai / gerai minuman dan makanan yang memberikan
perkhidmatan sepanjang hari hingga ke malam , dengan kadar bayaran lebih murah
berbanding kedai / gerai di Pekan Sungai Besar.
5. Kemudahan menempah pembuatan pakaian:
Beberapa
bengkel membuat pakaian wanita, sulaman, tudung wanita dan pakaian lelaki milik
Bumiputera atau kaum Tionghua terdapat di kampong ini dengan kadar bayaran
lebih murah berbanding dengan tempat lain.
6. Bengkel memperbaiki
kenderaan dan cat kereta:
Beberapa bengkel memperbaiki kenderaan motorsikal dan kereta dipunyai oleh
kaum Bumiputera dan kaum Tionghua sedia menerima pelanggan termasuk waktu
kecemasan ( malam ).
7. Bengkel jentera berat
jentuai dan alatan pertanian:
Petani
tempatan dan kampong berhampiran boleh mengguna perkhidmatan bengkel
memperbaiki jentera berat jentuai kepunyaan Bumiputera dan bengkel memperbaiki
jenteta alatan pertanian kepunyaan bangsa Tionghua.
9. Tukang rumah:
Terdapat
ramai tukang kayu / batu kalangan Bumiputera yang berkebolehan dan mahir
membuat rumah tinggal di kampong ini serta mempunyai lesen pembinaan /
kontraktor.
19. KURSUS / LATIHAN
DIPERLUKAN PENDUDUK
DIPERLUKAN PENDUDUK
Walaupun
Kampong Sungai Haji Dorani , Sungai Besar pernah menyandang Johan
PertandinganKampung Terbaik Negeri Selangor di samping pertubuhan belianya juga
penah menyandang Johan Pertandingan Kurnia Belia Jaya (KBJ) diperingkat Negeri
Selangor dan Naib Johan di peringkat kebangsaan sekitar tahun 90 an , tidak
bermakna penduduknya sudah mencapai ‘ cukup ‘ dalam serba serbi; terutama
apabila ramai generasi muda waktu itu telah dewasa dan menjadi ketua keluarga
sekarang ini.
Kerana itu pelbagai kursus dan latihan diperlukan oleh penduduknya bagi
meneruskan kejayaan pernah dicapai masa lalu. Mereka memerlukan banyak
keprihatinan kerajaan, swasta dan individu terutama anak watan Kampong Sungai
Haji Dorani yang berjaya dalam banyak bidang kerjaya dan bekerja di luar
kampung sendiri !.
KURSUS KOMUNIKASI BAHASA
INGGERIS:
SASARAN : Pengusaha Homestay dan pengusaha makanan ( IKS ).
KEWAJARAN : Mereka terdedah kepada orang ramai dan para pelawat dari negara
luar yang tidak memahami Bahasa Melayu. Apabila mereka mengetahui bahasa
tersebut walau di peringkat asas maka mudahlah mereka berurus niaga dan memberi
maklumat diperlukan berhubung dengan kampung .
KURSUS PEMBUNGKUSAN MAKANAN:
SASARAN : Pengusaha makanan ( IKS )
KEWAJARAN : Bagi meningkatkan hasil pengeluaran yang bermutu dan menepati
dengan kehendak piawaian ditetapkan.
KURSUS KEWANGAN:
SASARAN : Pengusaha Homestay , pengusaha makanan ( IKS) dan peniaga pasar
KEWAJARAN : Kebanyakan mereka yang terlibat masih menggunakan kaedah kewangan
‘ cara lama ‘. Dengan adanya kursus berkenaan dapat mendedahkan mereka kepada
sistem kewangan baru dan sesuai dengan semasa.
KURSUS KAWALAN KUALITI PRUDOK
:
SASARAN : Pengusaha makanan ( IKS ).
KEWAJARAN : Supaya hasil pengeluaran makanan yang dihasilkan menepati
dengan piawaian pihak berkenaan seta menjamin mutu makanan untuk dipasarkan.
KURSUS PENTADBIRAN ORGANISASI
:
SASARAN : Ahli belia dan NGO kampong.
KEWAJARAN : Supaya setiap ahli dan yang terlibat dengan pertubiuhan
tersebut memahami tanggungjawab berpersatuan serta dapat memajukan organisasi
yang mereka menjadi ahlinya.
KURSUS KOMPUTER DAN IT:
SASARAN : Pemimpin masyarakat ( NGO) dan belia.
KEWAJARAN : Kalangan tersebut perlu mengetahuai kaedah penggunaan komputer
supaya memudahkan urusan pentadbiran dan dapat mengetahu hal-hal berkaitan
dunia luar , selain menambah ilmu pengetahuan masing-masing melalui IT yang
terus berkembang pesat.
KURSUS PELANCONGAN :
SASARAN : Pengusaha homestay.
KEWAJARAN : Supaya mereka dapat menambahbaik ‘ promosi ‘ dan perkhidmatan
kepada umum sesuai dengan situasi semasa.
KURSUS TERNAKAN :
SASARAN : Kalangan petani / penternak.
KEWAJARAN : Memang ramai penduduk kampung telah mencebur diri dalam bidang
tersebut. Tetapi,mereka mengusahakannya secara kecil-kecilan sejak sekian lama.
Dengan adanya kursus khas, diharapkan mereka paham serta berminat menyertai
ternakan secara perdagangan.
KURSUS JAHITAN DAN KRAFTANGAN
:
SASARAN : Kalangan wanita , terutamanya golongan ibu tunggal.
KEWAJARAN :
Kursus tersebut diharapkan dapat menjadi punca menambah pendapatan keluarga dan
memenuhi masa lapang mereka dengan perbuatan lebih menguntungkan dari segi
kewangan.
20. HARAPAN DAN PENUTUP
Sebagai generasi turun menurun
yang dibekalkan
dengan berbagai kemudahan
sejak Kampong Sungai Haji
Dorani
di teroka oleh mereka yang
terdahulu,
maka amat wajar
bagi semua penduduk tanpa
mengira
pahaman politik, suku kaum dan
agama
berusaha mengekalkan semua
yang telah sedia ada.
Generasi muda juga
perlu menokok tambah
segala kemajuan dan kejayaan
yang dicapai serta
memeliharanya
hingga turun menurun.
Pesanan :
‘ HARI INI LEBIH BAIK DARI HARI SEMALAM ’
patut menjadi kata-kata
perangsang
untuk semua yang terlibat,
di samping terus berdoa
kepada Allah SWT
agar semuanya dalam
keredhaanNYA.
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN !
CATATAN:
Kemaskini terakhir pada 17 Februari 2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan